Aktiviti Program, ‘Hari Bersama Komuniti’ PI Sg Asap

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ‘Hari Bersama Komuniti’ PI Sg Asap telah diadakan pada Sabtu, 15 Jun 2019. Aktiviti dijalankan di Pusat Internet Sungai Asap, Belaga, Sarawak. Penyertaan Aktiviti program 113 orang, termasuk pendaftaran ahli baru 52 orang. Aktiviti telah dijalankan selama 5 jam. Aktiviti sokongan, Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)

Tujuan Aktiviti Program ‘Hari Bersama Komuniti’ diadakan bagi mempromosi dan memperkenalkan Pusat Internet Sungai Asap serta fungsi Pusat Internet Sungai Asap kepada komuniti setempat. Ia juga bagi mengeratkan lagi hubungan staf Pusat Internet Sungai Asap dengan penduduk di sekitar kawasan Sungai Asap.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali